CINTA SEJATI
SEORANG IBU TERHADAP ANAK-ANAKNYA
Dia seorang wanita yang
sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita masih
muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan
orang sekitarnya. Maklum-lah ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak
kurang pula bercakap dalam bentuk syair.
Al-Khansa binti Amru demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab.
Al-Khansa binti Amru demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab.
Dia pernah bersyair
mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr:
“Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada si Sakhr, malang .
Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang di ufuk barat.
Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas
mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku.”
Setelah Khansa masuk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah
digunakannya untuk menye-marakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai
empat orang putera yang kesemuanya telah diajar ilmu bersyair dan dididik
berjuang dengan berani. Kemudian kesemua puteranya itu telah diserahkannya
untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam.
Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut
menghadapi peperangan dan cabaran.
Pada tahun 14 Hijrah,
Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang
Farsi. Semua umat Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka
terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan
keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu.
Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan
menaikkan semangat pejuang tentera Islam.
Dengarlah nasihat Khansa
kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan mara ke medan perang:
“Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian
kamu berhijrah dengan suka rela pula. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia,
sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang
wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah
memburuk-burukkan saudara maramu, aku tidak pernah merendahkan keturunan kamu,
dan aku tidak pernah mengubah perhubun-gan kamu. Kamu telah tahu tentang pahala
yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu.
Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang
binasa.”
Kemudian Khansa membacakan
satu ayat dari surah Ali Imaran yang bermaksud: “Wahai orang yang beri-man!
Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan
patuhlah kepada Allah, moga-moga kamu menjadi orang yang beruntung.”
Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang
disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata: “Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah,
dalam keadaan selamat, maka ke-luarlah untuk berperang dengan musuh-musuh kamu.
Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah per-tolongan dari Allah. Jika kamu
melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperan-gan
yang sedang bergejolak masuklah kamu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya
ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapatkan
balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal.”
Subuh esoknya semua tentera
Islam sudah berada di tikar sholat masing-masing untuk mengerjakan perintah
Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka
kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah
memberikan arahan agar bersiap sedia sebaik saja semboyan perang berbunyi.
Perang satu lawan satupun bermula sampai dua hari. Pada hari ketiga bermulalah
pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi
yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun
mereka tetap yakin akan pertolongan Allah.
Putera-putera Khansa maju
untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari
bondanya, mereka tidak sedikitpun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan
pedang, salah seorang di antara mereka bersyair:
“Hai saudara-saudaraku!
Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam
dan membekalkan nasihat.
Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah.
Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi.”
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul
pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan
semangat yang berapi-api ia bersyair:
“Demi Allah!
Kami tidak akan melanggar nasihat ibu tua kami
Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati
Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur musuh
bersama-sama
Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah.
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya sambil
bersyair:
“Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas dan tidak goncang.
Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal
cemerlang
Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap
anak-anaknya sendiri
Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri
Dapatkan kemenangan yang bakal membawa kegembiraan di dalam hati.
Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi.”
Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul
abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair:
“Bukanlah aku putera Khansa’, bukanlah aku anak jantan
Dan bukan pula kerana Amru yang pujiannya sudah lama terkenal,
Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu
terjunam ke jurang bahaya, dan mus-nah mangsa oleh senjataku.”
Bergelutlah keempat-empat
putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa
munajat ibondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat.
Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau bilau kerana pihak Farsi
menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, semen-tara tentera pejalan
kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat
mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya.
Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya,
memijak-mijak tentera Farsi lainnya. Mereka jadi mangsa gajah sendiri.
Kesempatan ini dipergunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka.
Panglima perang bermahkota
Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya merekapun lari lintang pukang
menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi
merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian
kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.Umat Islam lega. Kini mereka
mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui
sya-hid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000
orang syhuhada itu terbujur empat orang adik beradik anak Khansa.
Seketika itu juga ramailah
tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat empat
anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang,
gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan:
“Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan kesyahidan
mereka, dan aku mengharapkan dari Tu-hanku, agar Dia mengumpulkan aku dengar
mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!”
Al-Khansa kembali semula ke
Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan ma-yat
putera-puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperangan itu pula wanita penyair
ini mendapat gelaran kehormatan ‘Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada
orang-orang yang mati syahid.
0 comments:
Posting Komentar