MABUK DALAM CINTA
TERHADAP ALLAH
Dikisahkan dalam sebuah
kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di
hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang
sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka
dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia
memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s,
"Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya
untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada
Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah
berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau
pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi
Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa
a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya
kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah
seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di
atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s
mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T,
"Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai
sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada
di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya
memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun
menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab
salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."
Kemudian Allah S.W.T
menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar
perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat
Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau
memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."
Barangsiapa yang mengakui
tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia
adalah orang yang tertipu.
1. Orang
yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang
yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan
dari manusia.
3. Orang
yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani
merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah
bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada
kubur."
0 comments:
Posting Komentar